Nik Nazmi & Fahmi Fadzil Tarik Diri Rebut Jawatan Presiden KLFA
MakanBola
Nik Nazmi/Fahmi Fadzil
Sponsors

Hasrat Nik Nazmi Nik Ahmad dan Fahmi Fadzil untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) tidak kesampaian.

Ini selepas kedua-dua figura berkenaan terpaksa menarik diri selepas usaha mereka untuk bertanding jawatan berkenaan tidak mendapat persetujuan Kabinet Malaysia.

Ad
Sponsors

Perkara ini turut disahkan Nik Nazmi menerusi satu hantaran di platform media sosial rasminya. Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam memaklumkan perkara itu diputuskan selepas mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada Rabu.

Ad

“Kabinet hari ini memutuskan untuk anggota pentadbiran tidak bertanding jawatan persatuan sukan. Justeru, saya menerima keputusan tersebut dan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden KLFA.

“Saya akan terus komited menyokong KLFA membangunkan ekosistem bola sepak yang sihat dan menyokong kejayaan KL City FC sebagai pasukan bola sepak profesional.

Ad

“Pada masa sama saya akan terus menaungi kelab bola sepak Setiawangsa Rangers, salah satu kelab gabungan KLFA, yang saya asaskan pada 2018,” katanya di X.

Ad

Pengumuman ini sekaligus membuatkan ramai orang tertanya-tanya siapa individu yang mahu merebut kerusi panas tersebut.

Ad

Jawatan Presiden KLFA ketika ini dipangku Timbalan Presiden KLFA, Dato’ Abdullah Sani Abdul Hamid. Ini selepas presiden sebelumnya yang juga mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad meletak jawatan pada awal tahun ini.

Kongres KLFA turut diselubungi ketidaktentuan susulan siasatan yang dilancarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sekiranya wujud isu yang timbul hasil siasatan berkenaan, pemilihan jawatankuasa tertinggi baru KLFA yang sepatutnya berlangsung pada 7 September ini bakal ditunda.