Nik Sharif Sah Sertai Terengganu
Dunia
terengganu fc
Advertisements

Bekas pemain Sri Pahang, Nik Sharif Haseefy sah sertai pasukan Terengganu FC secara pinjaman selama enam bulan sehingga penghujung musim Liga Super 2021/22.

Pemain berusia 25 tahun ini merupakan pemain kelahiran Pahang yang beraksi bersama Sri Pahang U-21 dan pada tahun 2018, ubi muda ini membuat kemunculan bersama skuad senior Sri Pahang.

Pemain tengah berbakat ini sertai Selangor pada tahun 2021 dan tidak lama kemudian beliau terpaksa mengharungi situasi sukar gara-gara kecederaan buku lali kiri yang menimpanya ketika aksi pra-musim.

Advertisements

Selepas kembali pulih, beliau bergelut untuk mendapatkan minit permainan dan beliau kembali beraksi bersama Selangor FC 2 dalam beberapa perlawanan sebelum ini bagi saingan Liga Premier.

Untuk rekod, pemain berusia 25 tahun ini hanya beraksi sebanyak 8 perlawanan serta menjaringkan 1 gol bersama Selangor sepanjang musim ini.

Kehadiran Nik Sharif di Terengganu pasti memberikan banyak kelebihan buat jurulatih Nafuzi Zain dimana pemain berbakat ini mempunyai kelebihan beraksi di bahagian sayap mahupun sebagai pemain tengah menyerang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram