Nik Sharif Tak Suka Taktikal Selangor
Dunia
terengganu football club
Advertisements

Pemain tengah Terengganu FC, Nik Sharif Haseefy merasakan bahawa gaya permainannya mungkin tidak sesuai dengan corak taktikal yang diterapkan di Selangor FC.

Oleh itu, beliau akui bahawa keputusan untuk sertai Terengganu adalah keputusan yang berbaloi di samping dapat beraksi bawah kendalian jurulatih terbaik di Malaysia, Nafuzi Zain. 

“Selain persaingan sengit sesama pemain, saya lihat mungkin gaya permainan saya tidak kena dengan corak taktikal jurulatih Selangor.

Advertisements

“Saya rasa buat keputusan tepat untuk hadir ke sini kerana dapat peluang bermain di bawah jurulatih, Nafuzi Zain yang banyak beri tunjuk ajar,” kata Nik kepada MFL.

Menjelang pertemuan separuh akhir Piala FA 2022 ini Nik Sharif yakin mampu membawa Terengganu ke pentas akhir kerana memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri. 

Dalam pada itu, pemain kelahiran Pahang ini optimis mampu buktikan sesuatu kepada Selangor yang merupakan majikan asalnya itu. 

Advertisements

“Memang kalau diikutkan sangat teruja untuk main perlawanan ini kerana akan berjumpa pasukan sendiri, memandangkan saya masih pemain Selangor dan dipinjamkan ke Terengganu.

“Sepertimana pemain lain, sudah tentu saya mahu buktikan kepada pasukan sendiri yang saya boleh menyumbang setelah gagal dapatkan tempat bermain di sana.

Terengganu akan berdepan Selangor bagi separuh akhir Piala FA yang dijadualkan pada sabtu ini 6 Ogos di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram