Nike Buat Kejutan, Tampilkan Rekaan Unik Pada Jersi Terbaru Harimau Malaya

Malaysia Jersi Nike Buat Kejutan, Tampilkan Rekaan Unik Pada Jersi Terbaru Harimau Malaya
Foto: Azri/MakanBola
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Nike telah melancarkan jersi terbaru skuad Malaysia bagi tahun 2022/2024 hari ini.

Majlis pelancaran yang diadakan di Football Republic, Sunway Piramid ini menyaksikan pelancaran ini dirasmikan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Hamidin Mohd Amin.

Majlis ini turut dihadiri oleh barisan kejurulatihan Harimau Malaya yang diketuai oleh Kim Pan-gon selain kepimpinan tertinggi FAM juga bersama-sama dalam pelancaran secara besar-besaran ini.

Nike tampil dengan kejutan bagi jersi Harimau Malaya kali ini apabila memperkenalkan warna kuning dengan warna hitam pada bahagian leher selaku jersi tuan rumah sekaligus menampilkan kelainan daripada kebiasaan.

Nike kekal dengan identiti hitam kuning bagi jersi tuan rumah namun memilih untuk tampil dengan pendekatan ‘clean’ bagi memacu cabaran Malaysia bagi tahun mendatang.

Bagi jersi bertandang pula, Nike menggunakan pendekatan raglan dan membawa warna hitam seperti yang terdapat pada edisi sebelum ini.

Jersi penjaga gol pula kini berwarna hijau tanpa sebarang corak bagi menggantikan warna kelabu yang digunakan sebelum diperagakan oleh Ahmad Syihan Hazmi, penjaga gol kebangsaan.

Jersi ini dipercayai bakal digunakan kali pertama pada perlawanan persahabatan sebelum bermulanya aksi Piala AFF 2022.