Advertising
Nikola Jambor Mahu Akhiri Kemarau Trofi Selangor
MakanBola
Selangor FC

Pemain tengah Selangor FC, Nikola Jambor mahu membantu pasukan itu mengakhiri kemarau trofi sejak tahun 2015.

Tahun 2015 menyaksikan Merah Kuning yang ketika itu dibimbing jurulatih Australia, Mehmet Durakovic menjulang trofi Piala Malaysia.

Ad

Sejak itu, Selangor bergelut untuk mengakhiri kemarau trofi mereka. Pencapaian paling hampir mereka ialah gelaran naib juara Piala FA pada Ogos 2024.

Ad

Jambor mengakui pemain-pemain Selangor kecewa kerana tidak dapat membantu pasukan itu mara lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) dan Piala Malaysia.

Atas sebab itu, mereka kini memburu slot final MFL Challenge Cup sekaligus peluang meraih trofi pertama dalam tempoh satu dekad.

Ad

“Saya tahu bukan saja penyokong tetapi juga pemain-pemain dalam biliki persalinan tidak gembira kerana tidak berpeluang memenangi beberapa trofi yang lebih penting di Malaysia,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Ad

“Tapi inilah bola sepak. Kita bercakap dalam bilik persalinan bahawa 90% daripada pemain yang ada tidak pernah memenangi trofi dalam karier mereka.

Ad

“Jadi, trofi tak kira apa jenis trofi masih lagi trofi (kejuaraan). Ia satu perkara besar buat kelab dan kita perlu melakukan segalanya untuk memenanginya.”

Sejak menyertai Selangor dalam tetingkap kedua perpindahan Liga Malaysia (Liga M), pemain Croatia itu sudah merekodkan 12 penampilan dalam semua kejohanan.

Merah Kuning bakal berdepan Penang FC untuk aksi separuh akhir kedua MFL Challenge Cup. Selangor memiliki kelebihan agregat 1-0 selepas menewaskan Harimau Kumbang dalam aksi pertama pada 19 Januari.