Pertahanan tengah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat mengalami penyusutan nilai pasaran hampir setengah juta.
Pemain berusia 31 tahun itu menjadi tunjang utama pada bahagian pertahanan skuad Harimau Selatan selain membantu JDT mengekalkan kejuaraan 4 trofi musim ini.
Bintang kebangsaan Indonesia ini juga beraksi hampir kesemua perlawanan pada peringkat domestik selain membantu anak buah Tano Solari di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL).
Beliau bagaimanapun mengalami penurunan nilai pasaran kurang sejak kemas kini terakhir kira-kira 6 bulan yang lalu.
Nilai pasaran Jordi Amat adalah pada 800,000 Euro (RM4.08 Juta) selepas kemas kini berbanding 900,000 Euro (RM4.6 Juta) sebelum ini.
Saham bekas pemain Swansea City ini menurun hampir RM511 Ribu sejak 6 bulan yang lalu sekaligus menyaksikan sahamnya semakin menurun.
Jordi kekal menjadi pilihan utama untuk mengemudi benteng JDT bagi musim baharu selepas namanya tidak dikatkan dengan senarai pemain import yang bakal meninggalkan pasukan.
Sebelum ini, pemilik JDT, DYAM TMJ memaklumkan bahawa akan ada kira-kira tiga muka import baharu yang bakal memantapkan pasukan dengab Jalil Elias menjadi pemain pertama diumumkan.