Dunia
MFL
Advertisements

Bintang muda Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Hanapi terus mengukuhkan status sebagai pemain muda paling mahal di Malaysia.

Anak jati kelahiran Pahang ini turut memintas kedudukan nilai pasaran pemain Malaysia yang lain apabila beliau menjadi pemain kedua termahal selepas Dion Cools.

Dalam kemaskini terbaru di laman sesawang Transfermarkt.com pada 16 Oktober 2022, nilai Arif Aiman kini mencecah 400,000 Euro iaitu bersamaan RM 1.84 Juta.

Advertisements

Harga pasaran beliau telah meningkat naik dimana sebelum ini pada Mei 2022, nilai Arif Aiman ialah 300,000 Euro iaitu bersamaan RM 1.39 Juta. Prestasi memukau beliau dalam kempen liga Malaysia dan penampilannya di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) sekaligus menyumbang kepada kenaikan saham pemain ini.

Nilai Pasaran Pemain Malaysia Nilai Pasaran Arif Aiman Melonjak Naik
Nilai pasaran pemain Malaysia berdasarkan Transfermarkt.Com

Di usia 20 tahun, Arif Aiman telah mendapat gelaran pemain paling bernilai, penyerang terbaik kebangsaan serta menjulang Piala FA, Piala Sumbangsih dan trofi Liga Super.

Untuk musim 2022, pemain sayap lincah ini cemerlang merekodkan sebanyak 7 jaringan dan 15 bantuan gol dalam semua kejohanan. Beraksi dalam 33 perlawanan, beliau berjaya mengumpul sebanyak 2,570 minit permainan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram