Advertising
Nilai Pemain 17 Tahun Barcelona Cecah RM562 Juta
MakanBola
FC Barcelona

Meskipun baru berusia 17 tahun, penyerang Barcelona, Lamine Yamal sudah memiliki nilai pasaran berjumlah €120 juta (RM562 juta).

Perkara ini terjadi disebabkan persembahan cemerlang Yamal bersama Sepanyol semasa kempen EURO 2024 baru-baru ini.

Ad

Penyerang muda Barca itu menjadi tonggak utama pasukan yang dibimbing Luis de la Fuente untuk menewaskan England di pentas final. Impaknya turut menyebabkan Yamal dipilih sebgaai pemain muda terbaik kejohanan.

Ad

Dan itu sudah cukup untuk menolak nilai beliau mencecah €120 juta (RM562 juta). Ini sekaligus menjadikan Yamal pemain muda pertama mencecah nilai melebihi €100 juta (RM510 juta) dalam sejarah Transfermarkt.

Menurut pentadbir nilai pasaran Sepanyol Transfermarkt, Tobias Blaseio, EURO 2024 menjadikan nama Yamal dikenali di seluruh dunia.

Ad

“Yamal adalah nama yang cukup dikenali oleh ramai peminat bola sepak, tetapi sekarang seluruh dunia mengenalinya. Pemain Muda Terbaik EURO 2024, pencipta bantuan gol terbanyak dalam seluruh kejohanan.

Ad

“Pada usia 17 tahun, dia telah memecahkan sejumlah rekod dan memberikan sumbangan yang signifikan untuk mendapatkan gelaran juara EURO 2024 terutama di peringkat separuh akhir dan final,” katanya.

Ad

Nilai terkini pemain Barcelona itu jauh mengatasi nilai beberapa kelab Asia yang akan bersaing dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) musim 2024/25.

Misalnya, nilai juara Liga Super musim 2023, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) ialah €13.25 juta (RM67.5 juta). Sementara juara Emperor’s Cup 2023, Kawasaki Frontale pula memiliki nilai €16.03 (RM81.7 juta).

Prestasi cemerlang Yamal dijangka ditagih pengendali baru Barcelona, Hansi Flick apabila kempen La Liga musim 2024/25 membuka kempen pada pertengahan Ogos ini.