Liga Super Lonjak Nilai Pasaran Saddil Ramdani dan Ryuji Utomo
Dunia
Photo: Indosport.com
Advertisements

Dua pemain skuad kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani dan juga Ryuji Utomo masing-masing beraksi buat pasukan Sabah FC dan juga Penang FC menampilkan aksi yang cukup memberangsangkan pada musim ini sekaligus melonjakkan nilai pasaran kedua-dua pemain kebanggaan Garuda ini.

Nama Saddil Ramdani tidak asing lagi dalam kancah Liga Super sejak pertama kali beraksi buat pasukan Sri Pahang pada tahun 2019 sebelum kembali semula membuat kemunculan pada saingan musim ini bersama pasukan Sabah FC. Perpindahan pemain sayap lincah ini dari pasukan tetangga, Bhayangkara Solo FC.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Transfermarkt pada musim ini, anggaran nilai pasaran pemain berusia 22 tahun ini sekitar 250 ribu euro, iaitu penambahan 50 ribu euro (RM 1 243 317 juta) berbanding ketika pertama kali membuat penampilan bersama Sri Pahang FC dua tahun yang lalu.

Advertisements

Sementara itu, pemain Penang FC yang dipinjamkan dari Persija Jakarta, Ryuji Utomo Prabowo juga menunjukkan peningkatan nilai pasarannya sejak beraksi buat Penang FC.

Nilai pasaran pemain berusia 26 tahun ini dianggarkan sekitar 175 ribu euro pada 30 Jun 2021 iaitu kira-kira RM 870 ribu. Terdapat pertambahan sekitar 25 ribu euro berbanding ketika beraksi buat Persija Jakarta.

Kenaikan harga pasaran kedua-dua bintang bola sepak berbakat Indonesia ini diyakini berkait dengan persembahan mereka dalam Liga Super musim ini. Saddil cemerlang membantu pasukan Sabah FC pada musim ini apabila berjaya menjaringkan 3 gol sejak beraksi buat pasukan di bawah bayu itu.

Advertisements

Gandingan mantap bersama pemain berpengalaman Malaysia, Amri Yahyah sentiasa menjadi mimpi ngeri buat pasukan lawan.

Ryuji Utomo juga memperagakan aksi yang cemerlang bersama pasukan kendalian Thomas Trucha apabila memainkan peranan yang cukup signifikan dalam sistem pengurus tersebut.

Beliau juga yang boleh beraksi pada posisi pertahanan tengah dan juga pemain tengah bertahan cemerlang membantu pasukan Penang FC berada pada kedudukan ke-3 dalam Liga Super.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram