Nixon Tamatkan Kontrak Bersama Kelantan
Dunia
MakanBola
Utusan Malaysia
Advertisements

Kelantan FC memulakan langkah ‘pembersihan’ pasukan untuk menghadapi musim baru apabila mengumumkan pemain import Nixon Guylherme tidak lagi akan bersama pasukan itu.

Kelab itu memaklumkan, pemain berasal dari Brazil itu yang diikat selama tiga tahun pada awal tahun ini, telah meminta untuk penamatan kontrak lebih awal.

Advertisements

“Keputusan ini dibuat melalui persetujuan bersama antara Nixon dan pihak pengurusan Kelantan FC sehingga mendapat kata putus yang tercapai dengan melepaskannya dari skuad The Red Warriors.

“Nixon Guylherme mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh penyokong The Red Warriors yang memberi sokongan kepada beliau sepanjang berada bersama pasukan.

Advertisements

“Pihak pengurusan Kelantan Football Club mengucapkan terima kasih di atas sumbangannya membantu pasukan dalam beberapa perlawanan sepanjang musim 2022,” menurut kenyataan rasmi kelab milik Norizam Tukiman itu.

Sebagai rekod, Nixon menarik minat barisan kejurulatihan Kelantan untuk merekrutnya setelah muncul antara penjaring terbanyak Liga Bangladesh dengan rekod 12 gol dalam 23 penampilan bersama Chittagong Abahani pada musim 2021.

Advertisements

Begitupun sepanjang bersama skuad The Red Warriors, Nixon tidak banyak memberi sumbangan kepada pasukan, apabila menjaringkan hanya empat gol dan lebih banyak menghabiskan masa merawat kecederaan.

Malah, Nixon tidak beraksi untuk hampir keseluruhan pusingan kedua gara-gara isu kecergasan namun dia pernah pada satu ketika mendedahkan ada pihak mahu menjatuhkannya dan tidak membenarkannya beraksi meskipun sudah lama pulih daripada kecederaan.

Advertisements

Selain pemain berusia 26 tahun itu, Kelantan FC juga dilaporkan telah melepaskan import mereka yang lain iaitu Kenta Hara dan Felipe Hereda namun belum ada pengumuman rasmi dibuat.

Norizam (Zamsaham) sebelum ini ada memberitahu TRW akan mengisi kesemua sembilan slot import yang dibenarkan oleh Malaysian Football League, dengan kecenderungan terarah kepada pemain dari benua Afrika.

Advertisements

News Comments Account