Penyerang muda berbisa negara, Luqman Hakim Shamsudin masih menanti peluangnya untuk beraksi bersama kelab baharunya di Iceland, FK Njardvik di Iceland.
Pemain berusia 20 tahun itu telah membuat keputusan untuk keluar daripada kelabnya di Belgium, KV Kortrijk secara pinjaman untuk menyertai kelab tersebut selama semusim.
Bekas penyerang berbisa bawah 17 tahun negara itu bagaimanapun belum melakukan debut sungguhpun sudah beberapa bulan di sana.
Perkembangan lanjut mengenai pemain ini dikongsikan oleh laman peminat Njardvik yang merujuk kepada pihak kelab mengenai kemungkinan pemain ini diturunkan dalam masa terdekat.
Katanya, urusan perpindahan Luqman sebenarnya masih dalam proses kerana ada beberapa dokumen yang baru sahaja dilengkapkan.
“Dia (Luqman) telah menerima semua pelepasan daripada kerajaan Iceland.”
“Akan tetapi, Luqman perlu menunggu sehingga kelabnya (KV Kortrijk) menyelesaikan segala urusan perpindahan tersebut.”
Ini juga menyaksikan bahawa peluang Luqman untuk beraksi Sabtu ini seakan tipis.
Kelabnya, Njardvik akan turun dalam pusingan pertama Piala Iceland menentang Í.Hörður Í.
Setakat ini, beliau sudah menjaringkan 3 gol dalam dua aksi bersama skuad belia di sana.