Nama Nooa Laine Tercicir Dari Skuad Piala Asia B-23
Dunia
FAM Official
Advertisements

Walaupun berjaya memikat hati barisan kejurulatihan ketika kem latihan skuad bawah 23 tahun negara, namun hasrat penyerang dari Finland, Nooa Laine untuk menyarung jersi Malaysia tidak kesampaian apabila nama beliau disisihkan daripada beraksi di Piala Asia B-23 di Uzbekistan.

Pengendali skuad Bawah 23 (B-23) negara, Brad Maloney akui terpikat dengan kebolehan Nooa namun beliau akur dengan masalah dokumentasi pemain tersebut yang mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Masa semakin suntuk dan skuad B-23 negara dijangka akan berlepas ke Uzbekistan Jumaat ini dengan majoriti pemain yang dibawa adalah daripada skuad Sukan Sea Vietnam.

Advertisements

“Nooa menunjukkan prestasi yang baik dalam latihan sebelum ini, tetapi kita masih lagi perlu menanti dokumentasinya seperti pasport yang memerlukan masa.

“Pasukan berada dalam keadaan seimbang dan saya sedia beri peluang, tetapi disebabkan masalah dokumentasi yang perlukan masa, kami terpaksa pergi tanpa khidmatnya. Tapi dia memang berjaya menambat perhatian kami dalam kem latihan sebelum ini,” katany Arena Metro.

Kejohanan Piala Asia B-23 di Uzbekistan menyaksikan Malaysia diletakkan dalam Kumpulan C bersama-sama juara bertahan, Korea Selatan serta dua pasukan gergasi Asia Tenggara yang beraksi di pentas akhir Sukan Sea iaitu Thailand dan Vietnam. Saingan dijadualkan bermula pada 2 Jun depan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram