Nooa Laine Yakin Ini Peranan Bersama Malaysia Yang Boleh Buatkannya ‘Meletup’
Dunia
FAM
Advertisements

Pemain kelahiran Finland-Malaysia, Nooa Laine baru-baru ini sudah pun membuat keputusan untuk menyahut panggilan untuk mewakili pasukan bawah 23 tahun negara.

Beliau yang kini dipanggil untuk memantapkan lagi skuad kendalian jurulatih, Brad Maloney dalam usaha untuk menjuarai Sukan SEA dan juga Piala Asia B-23 di Uzbekistan.

Walau bagaimanapun, beliau dijangka hanya akan membarisi skuad Brad dalam Piala Asia nanti dalam usaha untuk membentuk gandingan mantap bersama rakan sepasukan.

Advertisements

Walau bagaimanapun, dalam satu temubual baru-baru ini, pemain berusia 19 tahun ini telah membuat pendedahan mengenai posisi terbaik untuk beliau beraksi di atas padang.

Kata pemain SJK Seinajoki ini, terdapat dua posisi yang boleh dimainkan olehnya untuk memberi impak yang terbaik sekiranya diberi peluang untuk tampil dalam kesebelasan utama pasukan.

’Saya boleh katakan bahawa saya mempunyai kualiti untuk beroperasi sebagai pemain tengah menyerang (No.10) dalam pasukan.’

Advertisements

’Akan tetapi saya juga boleh bertindak sekiranya diturunkan sebagai pemain (No.8) iaitu sebagai pemain tengah ’box-to-box’.

Kualiti yang dimiliki oleh pemain ini sudah pasti menjadi aset terbaik dalam usaha untuk Brad mencari ramuan dan gandingan buat pasukan muda negara.

Pada perlawanan semalam, Nooa turun dalam kesebelasan utama pasukan untuk bergandingan bersama Hadi Fayyadh dan juga Daryl Sham mengetuai barisan serangan.

Advertisements

Walau bagaimanapun, skuad muda negara terpaksa akur untuk tewas 2-1 sungguhpun memiliki peluang terbaik untuk mencatat kemenangan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram