Nor Azam Azih Kekal Pacu Jentera Tengah Sri Pahang
Dunia
Sri Pahang
Advertisements

Pemain tengah pasukan Sri Pahang FC, Nor Azam Azih kekal menjadi tunjang utama pasukan bagi saingan musim hadapan apabila difahamkan beliau akan terus kekal bersama pasukan.

Menurut laporan oleh wartawan, T. Avineshwaran, beliau yang juga pemain tengah pasukan kebangsaan ketika berjaya menempah tiket ke pentas akhir kejohanan Piala AFF pada tahun 2018 ternyata masih berbisa dan khidmatnya pasti terus ditagih untuk mengemudi pasukan buat tahun yang mendatang.

Pemain berusia 26 tahun ini telah beraksi buat pasukan Tok Gajah sejak tahun 2015 menjadi watak utama pasukan dalam saingan Liga Super musim ini apabila telah membuat 19 penampilan dan berjaya menjaringkan 2 gol selain melakukan 3 bantuan gol.

Advertisements

Azam yang juga merupakan anak jati kelahiran Maran, Pahang pastinya mahu memacu kejayaan yang lebih gemilang bersama negeri kelahirannya sungguhpun perjalanan musim ini kurang memberangsangkan setelah Sri Pahang hanya berpuas hati berada di kedudukan ke-10 liga musim ini.

Selain itu, beberapa usaha yang serius telah pun dilakukan oleh pengurusan pasukan Sri Pahang yang dikhabarkan turut mahu membawa masuk jurulatih baharu seperti Lim Teong Kim yang disebut-sebut bakal mengisi kerusi panas tersebut.

Ini sudah pasti menjadi tonik terbaik buat pasukan dan juga para pemain utama di kelab untuk kekal bagi menjayakan misi pasukan menjelang saingan musim hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram