Dunia
Advertisements

Norshahrul Idlan Talaha sah menyertai pasukan BG Pathum United yang bermain di Liga 1 Thailand.

Beliau sudah pun diperkenalkan secara rasmi kepada media sebagai pemain baharu kelab tersebut.

BGPU ternyata mengalu-alukan kedatangan Norshahrul Idlan Talaha ke dalam pasukan mereka.

Advertisements

Norshahrul Idlan Talaha merupakan pemain yang beraksi di posisi serangan. Pada usianya 33 tahun, Mat Yo masih lagi bermain di peringkat tertinggi.

Beliau masih menjadi antara pemain yang kerap mendapat panggilan kebangsaan oleh jurulatih negara, Tan Cheng Hoe.

Mat Yo turut diberikan jersi no.99 oleh BG Pathum United bagi menghadapi musim sulung beliau bersama pasukan tersebut di Thailand.

Advertisements
Pathum Norshahrul Harap Julang 1 Piala Musim Ini Di Thailand
Norshahrul idam satu piala bersama kelabnya BG Pathum United

Norshahrul jelas sekali bangga dengan apa yang beliau lakukan kerana menurutnya, inilah kali pertama beliau beraksi di liga luar negara.

“Saya sangat gembira dan saya sangat berbangga dengan diri saya. Kerana inilah pertama kalinya saya keluar dari negara saya Malaysia.”

“Dan saya sangat teruja untuk bermain di liga kompetitif, Liga 1 Thailand. Bagi saya, saya berharap kita akan mendapat sekurang-kurangnya 1 piala pada musim ini.”

Advertisements

“Kepada semua penyokong BGPU, saya berharap anda semua akan dapat memberikan sokongan kepada saya, dari awal musim sehingga tamat musim liga dan saya berharap akan dapat mencapai sesuatu di sini,” katanya.

Pada musim lalu, Norshahrul Idlan Talaha bermain untuk pasukan Pahang. Namun, Norshahrul dan Pahang gagal mencapai kesepakatan untuk kontrak baharu lalu beliau memutuskan untuk berkelana ke Thailand.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram