Penyerang Kelantan FC, Nurshamil Abdul Ghani menyatakan bahawa setiap pemain bola sepak mengimpikan sarung jersi kebangsaan.
Beliau akui walaupun bermain di Liga Perdana, tetapi jika diberi peluang oleh ketua jurulatih Kim Pan Gon untuk beraksi bersama, beliau telah bersedia dan mahu memberikan sesuatu yang lebih baik buat Harimau Malaya.
Dalam pada itu, sejak kebelakangan ini pasukan negara dilihat tidak mempunyai penyerang yang berkualiti dan beliau sentiasa menunggu kesempatan untuk dipanggil.
“Sebagai seorang pemain semua pasti menunggu peluang untuk dipanggil menyarung jersi Harimau Malaya. Walaupun saya bermain di Liga Perdana tetapi jika saya dipanggil InsyaAllah saya akan cuba beri impak kepada skuad negara.”
“Beliau banyak bantu saya ketika latihan. Walaupun beliau sangat tegas, tetapi ketegasannya itu telah membuahkan hasil apabila saya kini mampu jadi seorang penyerang berkualiti,” katanya kepada Harimau Malaya.
Sebagai rekod, Nurshamil antara penggempur utama Kelantan FC yang berpotensi tinggi untuk menjadi pemain terbaik di pentas bola sepak tempatan dan pada musim lepas beliau pernah dinobat sebagai penjaring terbanyak bagi penyerang tempatan dengan sembilan gol.
Malaysia bakal mengharungi perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Malaysia pada Jun depan.