Dunia
Kelantan FC
Advertisements

Penyerang berbisa Kelantan FC, Nurshamil Abd Ghani dikatakan telah pun mendapat panggilan oleh Kim Pan-gon bagi menghadapi Kejohanan Piala Raja Thailand.

Pemain berusia 26 tahun itu merupakan tunjang utama bagi bahagian serangan The Red Warriors pada musim ini.

Nurshamil difahamkan bakal memperkuatkan jentera serangan skuad kebangsaan pada bulan September ini.

Advertisements

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh rakan sepasukannya iaitu Khairul Helmi Johari, beliau telah pun mengucapkan selamat maju jaya buat pemain kelahiran Melaka itu.

Dalam hantatan tersebut, Khairul memberi bayangan bahawa Nurshamil mendapat panggilan kecemasan oleh Pan-gon yang difahamkan bagi mengisi kuota yang ditinggalkan oleh dua pemain KL City.

Nirshamil Kel Panggilan 'Kecemasan' Nurshamil Ghani Ke Kem Kim Pan-gon ?
IG: Khairul Helmi Johari

Sungguhpun perkara ini belum diumumkan secara rasmi, namun ia berkemungkinan besar terjadi disebabkan situasi seperti ini pernah berlaku.

Advertisements

Pada musim ini, bekas penyerang Melaka United ini telah menjaringkan 8 gol sekaligus berpeluang untuk ditagih bagi menajamkan lagi jentera serangan Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram