Nyanyian Ultras Malaya Tarik Perhatian FIFA
Dunia
FIFA
Advertisements

Walaupun skuad bola sepak Malaysia tewas 0-3 dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 semalam, namun ada beberapa peristiwa menarik yang berlaku kepada penyokong Malaysia di Stadium Thammasat.

Sejurus tamat perlawanan, kumpulan penyokong Malaysia yang digelar ‘Ultras Malaya’ telah dilihat menyanyikan lagu ‘Sawadeekap Thailand’ di hadapan pemain-pemain Thailand. Nyanyian tersebut diiringi tepukan oleh barisan pemain Thailand yang diketuai Theerathon Bunmathan.

Video tersebut bukan sahaja menarik perhatian peminat bola sepak di Asia Tenggara, malah ianya juga meraih pujian Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). FIFA telah berkongsi video tersebut dengan mengatakan bahawa ianya sangat indah.

Advertisements

“Pertunjukan yang indah. Peminat Malaysia menunjukkan rasa hormat mereka kepada pemain Thailand selepas tewas kepada mereka dalam perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric,” kongsi FIFA.

Sehingga artikel ini ditulis, video nyanyian Ultras Malaya itu telah meraih hampir 247,000 tontonan dan dijangka jumlah tontonan video tersebut akan terus meningkat dari hari ke hari sehingga tamat kempen Piala AFF nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram