Ads
Hiburan
Selangor FC

Nyanyian spontan peminat cilik Selangor yang melaungkan kata-kata ‘Luaskan Kuasamu Selangor’ mencuri perhatian.

Advertisements

Peminat yang dimaksudkan ini dikenali sebagai Sadha ini telah hadir ke konti radio Hot FM untuk ditemu bual baru-baru ini.

Advertisements

Beliau bersama-sama penyampai radio seperti Farah Fauzana, Khairy Jamaluddin, Johan dan AG Azmeer berkongsikan pengalamannya di stadium bagi aksi final Piala FA antara JDT dan Selangor.

Advertisements

Advertisements

Sadha juga mendapat peluang untuk berbual bersama pemain sayap JDT, Arif Aiman menerusi panggilan telefon yang diatur oleh Hot FM buatnya.

Antara tumpuan yang menarik perhatian pendengar adalah apabila beliau menyanyikan lagu ‘Luaskan Kuasamu Selangor’ yang sinonim dengan nyanyian penyokong JDT.

Advertisements

“Ayuh Selangor, Ayuh Selangor, Luaskan Kuasamu Selangor,” ujarnya.

Nyanyian itu mengundang tawa seluruh penyampai radio Hot FM termasuklah bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Sadha turut memaklumkan bahawa beliau amat meminati pemain sayap JDT, Arif Aiman, Bergson dan juga Faisal Halim.

Dalam panggilan yang disambungkan kepada pemenang Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia itu, Arif sempat berkongsi beberapa pesanan kepada Sadha.

“Adik Sadha, jangan merajuk. Dalam bola sepak memang macam itu. Ada (pasukan) kalah, ada (pasukan) menang dan ada (pasukan) seri,” jawab Arif sambil memujuk adik Sadha.

Advertisements

“Jadi, dalam aksi (final) ini, ada satu pasukan sahaja yang akan menang,” tambah Arif lagi dalam perbualan itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram