“Objektif Kami Sudah Tercapai”
MFL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Terengganu FC ll, Hairuddin Omar melihat objektif pasukan pada musim ini sebenarnya sudah tercapai.

Anak jati kelahiran Terengganu itu berjaya membawa nama pasukan muda itu ke tahap tertinggi apabila menewaskan pesaing terhebat, Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final Piala MFL.

Mengulas lanjut, beliau merasakan bahawa segala usaha yang dilakukan sejak awal musim sudah membuahkan hasil.

Advertisements

Individu yang mesra disapa Hai-O ini juga mengingatkan para pemain agar berjuang sehabis baik berdepan skuad muda Harimau Selatan.

“Saya ingatkan kepada para pemain, jangan masuk ke bilik persalinan sehingga kamu menang perlawanan ini (lawan JDT II).”

Advertisements

Beliau memuji kesungguhan para pemainnya yang bermati-matian memberikan yang terbaik buat pasukan.

Hairuddin juga berpuas hati apabila barisan pemain muda yang digilapnya kini mula mendapat tempat di skuad utama Terengganu.

Advertisements

“Sebelum ini lagi sudah ada pemain yang turun naik ke pasukan utama antaranya Muslihuddin Atiq, Ubai, Faris, Azfar dan Syahmi.”

“Kita telah mencapai objektif di TFC2, untuk membekalkan para pemain ke skuad utama. Mungkin ada lagi beberapa pemain lagi yang boleh dikentengahkan,” jelasnya pada sidang media tersebut.

Advertisements

Terengganu menjulang Piala MFL edisi pertama selepas menewaskan JDT II dengan keputusan 1-0 hasil ledakan Isa Raman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram