“Oh Itu Mbappe” – TMJ
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi penjelasan mengenai isu pemain yang mewakili pasukan kebangsaan ketika ini.

Baginda disebut pada satu hantaran oleh salah seorang peminat mengenai kepulangan pemain bintang pasukan Perancis, Kylian Mbappe ke latihan kelabnya hari ini.

Dalam hantaran tersebut, Mbappe yang baru sahaja selesai menjalankan tugas tatkala membantu negaranya mara ke pentas final sebelum tumpas kepada Argentina menerusi sepakan penalti.

Advertisements

Penyokong itu menyatakan persoalan disebabkan sebilangan pemain utama yang beraksi bersama skuad JDT tidak bersama pasukan kebangsaan pada Piala AFF kali ini.

“Pemain bukan mesin. Apa ni PSG Tuanku,” jelas Haris Sarifudin.

TMJ dalam satu kenyataan menjelaskan perbezaan antara situasi pemain tersebut dengan keadaan bola sepak semasa.

Advertisements

“Oh itu Mbappe. Dia bermain separuh pertama musim, selepas itu berehat untuk tugasan kebangsaan bagi pertandingan FIFA.”

“Sekarang selepas habis Piala Dunia, dia sambung bermain separuh kedua musim dan kemudiannya pergi bercuti. Fakta mudah Tuan-Tuan dan Puan-Puan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram