Olimpik: Brazil Berjaya Tumpaskan Sepanyol Bagi Meraih Pingat Emas
Dunia
Twitter : Goal
Advertisements

Brazil berdepan Sepanyol dalam perlawanan peringkat akhir sukan olimpik di Tokyo 2020 untuk memutuskan siapa yang bakal meraih pingat emas.

Brazil berjaya ke peringkat akhir menerusi kemenangan keatas Mexico dengan penentuan sepakan penalti, sementara pasukan Sepanyol pula berjaya menumpaskan Jepun dengan keputusan 1-0.

Perlawanan akhir ini bermula dengan kedua-dua pasukan bermain dengan  berhati-hati. Masing-masing cuba untuk mengawal penguasaan bola untuk merancang dalam mencari jaringan gol. 

Advertisements

Selepas 30 minit masa bermain, Brazil memiliki peluang terbaik apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-37 permainan apabila pemain Brazil, Matheus Cunha dijatuhkan oleh penjaga gol Sepanyol. Namun, sepakan penalti dari penyerang Brazil, Richarlison gagal menghasilkan gol apabila bola itu melambung ke atas palang gol. 

Ketika aksi berbaki 2 minit sebelum tamat separuh masa pertama, Brazil berjaya memecah kebuntuan gol dengan rembatan deras dari Matheus Cunha yang menerima hantaran kemas daripada Dani Alves. Perlawanan separuh masa pertama berakhir dengan Brazil 1-0 Sepanyol. 

https://twitter.com/JDNalton/status/1423985727235309571

Pada aksi babak kedua perlawanan, Sepanyol melakukan dua pertukaran pemain secara drastik dengan memasukkan Bryan Gil dan Carlos Soler.

Advertisements

Brazil banyak melakukan serangan melalui bahagian sayap dengan lorongan-lorongan bijak dari pemain tengah Brazil,  akan tetapi Sepanyol masih kebal untuk bertahan. 

Pada minit ke-61 permainan, Sepanyol berjaya menyamakan kedudukan dengan rembatan “Volley” kencang daripada Oyarzabal hasil hantaran kemas dari Carlos Soler. 

Sepuluh minit akhir permainan,  Sepanyol hampir mendahului Brazil dengan jaringan gol apabila Carlos Soler dan Bryan Gil, kedua-duanya menggegarkan palang sebelum tamat waktu 90 minit permainan. 

Advertisements

Pada aksi masa tambahan, pemain gantian Brazil iaitu Malcom melakukan larian deras melepasi pertahanan Sepanyol selepas menerima hantaran daripada pemain sayap kanan iaitu Anthony. Larian itu berjaya menewaskan Unai Simon dengan sepakan kaki kirinya pada minit ke-109 yang menghasilkan gol. Gol tersebut bagi memastikan Brazil berada dihadapan, 2-1. 

https://twitter.com/WFGSkill/status/1424007977829208072

Baki akhir-akhir permainan, pemain-pemain Sepanyol tampak letih apabila mereka buntu dalam mencari gol sehingga tamat perlawanan. 

Perlawanan tamat dengan keputusan 2-1 sekaligus pingat emas Olimpik Tokyo 2020 sah menjadi milik Brazil. 

Advertisements

Ini bermakna Brazil berjaya mengekalkan pingat emas yang mereka juarai pada edisi Olimpik 2016 di Rio. 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram