Ads
Olimpik Paris: Aaron Chia-Wooi Yik Atasi Regu Ke-30 Dunia
UltraSukan
Olympic Malaysia

Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik semakin menghampiri slot suku akhir badminton Sukan Olimpik 2024.

Advertisements

Ini selepas beregu lelaki keempat dunia itu mudah menewaskan gandingan ke-30 dunia dari Kanada, Adam Dong dan Nyl Yakura dalam aksi kedua Kumpulan A.

Advertisements

Selepas terpaksa bekerja keras menewaskan gandingan Great Britain, Ben Lane dan Sean Vendy pada 27 Julai lalu, Aaron-Wooi Yik berharap dapat merekodkan kemenangan ke atas Dong-Yakura.

Advertisements
Advertisements

Dari segi rekod pertemuan, ini pertemuan pertama membabitkan kedua-dua regu. Sementara dari segi kedudukan ranking, kelebihan memihak kepada bekas juara dunia 2022 itu.

Set pertama menyaksikan bekas juara Denmark Open 2023 itu menunjukkan keupayaan mereka dengan memungut mata demi mata. Pada satu ketika, Aaron-Wooi Yik mendahului pada kedudukan 13-8.

Advertisements

Dan itu sudah cukup buat finalis All England 2024 itu meraih kemenangan pada set pertama dengan keputusan 21-10.

Set kedua menyaksikan Dong-Yakura berusaha memberi tentangan sengit kepada Aaron-Wooi Yik. Pada awalnya, mereka mendahului pada kedudukan 6-2.

Walau bagaimanapun, bekas juara dunia 2022 itu berjaya mengejar sebelum meraih kemenangan dengan keputusan 21-15.

Dengan slot suku akhir semakin hampir dalam tangan, Aaron-Wooi Yik berharap dapat mengakhiri kempen Kumpulan A selaku juara.

Advertisements

Walau bagaimanapun, regu lelaki utama negara itu perlu menunjukkan prestasi terbaik bila menentang beregu lelaki nombor satu dunia, Liang Wei Keng dan Wang Chang pada 29 Julai ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram