Ads
Olimpik Paris: Nurul Izzah Terkandas Acara Pecut
UltraSukan
Majlis Sukan Negara Malaysia

Hajat jaguh berbasikal trek wanita Malaysia, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri untuk mara lebih jauh dalam acara pecut wanita Olimpik 2024 tidak kesampaian.

Advertisements

Ini selepas pelumba trek berusia 20 tahun itu gagal melepasi saingan repechage pusingan 1/32 di Saint-Quentin-en-Yvelines Velodrome.

Advertisements

Selepas kemaraannya ke pusingan 1/16 disekat jaguh berbasikal trek Great Britain, Sophie Capewell, Nurul Izzah perlu melepasi cabaran saring semula pusingan 1/32 untuk mara ke pusingan seterusnya.

Advertisements
Advertisements

Ini bermakna beliau perlu memenangi saringan keempat repechage 1/32. Nurul Izzah bersaing dengan jaguh Jepun, Riyu Ohta dan wakil Kanada, Lauriane Genest.

Meskipun Ohta dan Genest dilihat lebih berpengalaman berbanding beliau, Nurul Izzah berusaha memberi saingan di atas trek.

Advertisements

Sebaik perlumbaan saringan keempat repechage 1/32 bermula, anak jati Sungai Petani, Kedah itu berusaha mengintai peluang untuk mendahului.

Walaupun berjaya memintas Ohta pada pusingan terakhir, itu tidak cukup untuk mengejar Genest yang memenangi saringan keempat. Ini bermakna cabaran Nurul Izzah dalam acara berbasikal trek Olimpik 2024 sudah berakhir.

Advertisements

Meskipun gagal mara ke pusingan seterusnya, usaha yang ditampilkan beliau dalam penampilan pertama Olimpiknya cukup terpuji.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram