Ong Kim Swee Akui Ada Dua Pasukan Mampu Halang Sabah Untuk Ke Asia
Dunia
Sabah FC
Advertisements

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui bahawa persaingan untuk merebut slot Piala AFC musim hadapan sangat sengit.

Sabah kini berada di tangga kedua liga dengan mengumpul 36 mata. Namun begitu Kim Swee merasakan bahawa kedudukan itu masih belum selamat untuk membawa Sabah ke pentas Asia memandangkan pasukan lain sedang mengekori rapat terutamanya Negeri Sembilan FC dan Terengganu FC.

“Apa-apa sahaja boleh berlaku sebab Sabah dan Negeri Sembilan masih ada empat perlawanan manakala TFC ada lima lagi.

Advertisements

“Jadi, saya percaya kedudukan pasukan mana yang akan layak ke Piala AFC akan kita ketahui selepas perlawanan terakhir di mana semua pasukan saya percaya masih cuba untuk mendapatkan slot itu.

“Untuk saya, saya tidak akan fikirkan kesemua aksi sebab yang penting adalah untuk kita hadapi satu persatu perlawanan di mana kita perlu berada di tahap terbaik agar tidak tercicir mata.

“Dan sudah pasti, pencabar terdekat yang saya rasa sentiasa mengekori rapat adalah Negeri Sembilan dan Terengganu”, katanya kepada MFL.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram