Ong Kim Swee Beri Amaran Mongolia Bukan Pasukan Belasahan
Blog
FAM
Advertisements

Selepas berjaya menjinakkan pasukan Laos 1-0, pasukan Bola Sepak Bawah 23 (B-23) negara bakal meneruskan cabaran dalam kempen Kelayakan Piala Asia B-23 pada hari esok dengan menentang pasukan tuan rumah, Mongolia

Bekas pengendali pasukan Malaysia Bawah 23 (B-23), Datuk Ong Kim Swee mengingatkan barisan pemain negara agar tidak memandang mudah kepada cabaran yang bakal diberikan kepada pasukan tuan rumah, Mongolia yang sebelum ini mengejutkan gergasi Asia Tenggara, Thailand dengan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan J Isnin lalu.

“Selepas tewas di peringkat separuh akhir pada tahun 2013 dan 2015 Sukan Sea Singapura, saya telah menjelaskan bahawa, negara seperti Laos, Cambodia dan Timor Leste bukan lagi laluan mudah buat pasukan negara.

Advertisements

“Kini terbukti dengan Mongolia walaupun tanpa sebarang kemudahan tetapi dengan berbekalkan 6 pemain yang berpengkalan di Timur Tengah, mereka hampir mengejutkan pasukan gergasi Asia Tenggara, Thailand. Manakala buat pasukan Laos, mereka berada di Ulaanbaatar hampir 10 hari sebelum perlawanan pertama membuktikan betapa serius persiapan mereka,” jelas beliau dalam ciapan di Twitter.

Perlawanan menentang Mongolia esok pastinya akan menguji kemampuan anak-anak buah Brad Maloney sekali lagi untuk beraksi di atas padang sintetik. Ternyata kelebihan dimiliki oleh pasukan tuan rumah yang ternyata sudah terbiasa beraksi di padang tersebut.

Walaupun dilihat bergelut dengan keadaan padang, perjuangan harus diteruskan dan peminat bola sepak tanah air mengharapkan keputusan positif mampu dicapai. Perlawanan menentang Mongolia hari esok akan dipancarkan secara langsung di TV Okey RTM pada pukul 11 pagi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram