Advertising
Ong Kim Swee Hampa Sabah Tunaikan Impian Penang
MakanBola
Sabah FC

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mengakui kecewa dengan mutu penyudah yang ditampilkan anak buahnya hari ini.

Sabah turun menentang Penang FC untuk aksi pertama Liga Super musim 2024/25 dengan barisan terkuat. Ini termasuk trio penyerang terdiri daripada Darren Lok, Ramon Machado dan Saddil Ramdani.

Ad

Malangnya, barisan penyerang Badak berdepan kesukaran menembusi barisan pertahanan pelawat diketuai kapten, Rafael Vitor dan bek tengah Ghana, Richmond Ankrah.

Ad

Meskipun mendapat beberapa peluang menembusi gawang Penang yang dikawal Sikh Izhan Nazrel, peluang tersebut gagal dimanfaatkan barisan serangan Sabah.

Kegagalan Sabah mendapatkan gol memastikan Penang pulang ke Pulau Pinang dengan satu mata pada akhir perlawanan.

Ad

Lantas, Kim Swee mahu aspek ini ditambah baik terutama menjelang aksi liga seterusnya menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC). Ini kerana pasukan itu tidak boleh keciciran mata lagi jika ingin memburu kedudukan terbaik dalam liga musim ini.

Ad

“Kalau kita lihat dari segi kawalan permainan, kita mengawal permainan dengan begitu baik. Dan kita tahu bukan mudah bermain menentang pasukan Penang.

Ad

“Mereka inginkan satu mata dan mereka dapat apa yang mereka inginkan. Di mana kita harus memperbaiki dari segi penyudah.

“Di mana itu adalah satu kelemahan yang kita patut perbaiki,” katanya dalam temubual pasca-perlawanan hari ini yang disiarkan di Astro Arena.

Sabah bakal bertandang ke Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu untuk aksi liga seterusnya pada 17 Mei ini.