Ads
Dunia
FAM

Sabah FC berpeluang untuk kembali berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super dengan syarat menewaskan Penang FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang malam esok.

Advertisements

Pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee menegaskan agar anak buahnya sentiasa berada pada tahap yang lebih baik dan bersedia untuk berdepan Penang FC yang sedang bergelut di kedudukan yang tercorot.

Advertisements

Dalam pada itu, Kim Swee sudah mempunyai perancangan yang tersendiri untuk memastikan pasukannya membawa pulang mata yang berharga sekaligus layak ke pusingan seterusnya.

Advertisements

Advertisements

“Kita akan berdepan Penang dan pastinya kita perlu berada pada tahap kecergasan yang lebih baik di mana selepas tiga hari bermain 120 minit sudah tentu ia memberi impak besar kepada pemain,” katanya kepada Berita Harian.

Sabah yang kini berada di tangga keempat liga turut berdepan risiko jatuh ke tangga kelima sekiranya mereka tewas dan KL City FC berjaya mengalahkan Sarawak United FC di Stadium Negeri, Kuching.

Advertisements
Advertisements

Sabah FC kini berjaya meraih 12 mata dari enam perlawanan dan kini di tangga keempat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram