Ong Kim Swee: Kalau Kita Ada Maruah, Kita Keluar Dan Lawan
Dunia
officialsabahfc
Advertisements

Menerusi satu perkongsian di Instagram rasmi Sabah FC, Ong Kim Swee dilihat sedang memberikan kata-kata motivasi buat pasukannya ketika menentang JDT tempoh hari. Ketika itu, Sabah FC sedang mengharungi perlawanan kelima bagi saingan Piala Malaysia 2021.

Bekas jurulatih skuad muda negara itu menyeru kepada anak buahnya agar beraksi bermati-matian biarpun berdepan dengan lawan sukar. Beliau juga menegaskan bahawa seluruh ahli keluarga dan sahabat andai mahu lihat aksi yang terbaik dari semua pemain. 

Kalau kita ada maruah, kita keluar dan lawan. Seluruh ahli keluarga serta rakan rakan kita lihat aksi yang kita tampilkan di rumah.” 

Advertisements

Mengulas lanjut, jurulatih berusia 50 tahun ini juga mengatakan bahawa beliau akan melahirkan rasa hormat kepada semua pemainnya walaupun tewas dengan jaringan besar jika mereka sudah berjuang habis-habisan. Namun, jika semangat juang tiada dalam diri pemain adalah menjadi satu kekecewaan buat beliau.

“Jika kamu tidak melawan, saya tidak akan maafkan kamu semua. Tapi kalau kamu lawan, kita kalah 6-0. Saya akan tabik hormat kamu” katanya.

Sementara itu, pasukan Sabah FC telah berjaya menempah slot ke suku akhir Piala Malaysia 2021. Pasukan negeri di bawah bayu itu akan berdepan Melaka United pada aksi suku akhir esok hari.

Advertisements

Sikap semangat juang yang ada dalam diri jurulatih Sabah FC ini wajar diberikan pujian oleh kerana sifat mudah menyerah tidak pernah ada kamus diri beliau.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram