Sebelum ini timbul desas-desus yang mengaitkan perpindahan pemain kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani dari Sabah FC. Saddil dikatakan akan melebarkan sayapnya ke bumi eropah. Berita perpindahan itu telah tersebar ketika Liga Malaysia 2022 sedang berjalan.
Namun bintang Indonesia itu kekal fokus mempamerkan aksi terbaik beliau bersama Sabah FC sehingga perlawanan terakhir pasukan ‘Sang Badak’ itu.
Terkini, jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mendedahkan status sebenar Saddil bersama Sabah dan memberitahu Saddil kekal bersama pasukan itu musim hadapan.
Selain Saddil, Sabah juga mengekalkan khidmat pemain import mereka yang paling menyerlah musim lalu, Park Tae-su.
“Selain menyambung kontrak tonggak import dari Korea Selatan, Park Tae-su, pasukan juga mengambil keputusan yang sama dengan Saddil Ramdani,” ujarnya kepada Flash Sukan.
Dalam masa yang sama, khidmat dua pemain berpengalaman Sabah iaitu Amri Yahyah dan Khairul Fahmi Che Mat juga diperlukan dalam menghadapi saingan musim hadapan. Ini bermakna
“Mohd Amri (Yahyah) masih bersama pasukan begitu juga bekas penjaga gawang Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat,” katanya.