Ong Kim Swee Letak Jawatan, Kini Jurulatih Baharu Sabah FC
Dunia
FAM
Advertisements

Menurut penjelasan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee kini secara rasminya melepaskan jawatannya setelah beliau dilaporkan bersetuju untuk menjadi jurulatih baharu Sabah FC.

Pihak pengurusan FAM telah memaklumkan penerimaan surat peletakan jawatan daripada beliau menerusi Setiausaha Agung FAM.

Kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat untuk membenakan beliau menerima jawatan baharunya berkuat kuasa 1 Oktober 2021.

Advertisements

Menurut Setiausaha Agung FAM, Mohd saifuddin Abu Bakar, jurulatih berusia 51 tahun itu telah berkhidmat selama 14 tahun bersama FAM sejak tahun 2007 termasuklah pelbagai jawatan yang telah dijawat oleh beliau.

Antara jawatan beliau termasuklah jurulatih skuad bawah 16 tahun, skuad bawah 23 tahun kebangsaan, skuad kebangsaan, ketua unit belia dan kali terakhir sebagai pengarah teknikal bermula Januari 2021.

FAM turut mengucapkan jutaan terima kasih atas segala bakti selama beliau berkhidmat bersama FAM dan juga pelbagai kejayaan yang telah dikecapi buat skuad negara.

Advertisements

‘FAM mengucakan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Kim Swee atas khidmat dan jasanya sepanjang bersama FAM dan mendoakan agar beliau berjaya dengan karier baharunya bersama Sabah FC.’

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram