Ong Kim Swee Seru Penyokong Sabah Banjiri Stadium Likas
AFC Cup
Azri / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee menyeru para penyokong Sabah memenuhi stadium menjelang aksi pertama Piala AFC antara Sabah dan Hougang United.

“Kebelakangan ini saya dapati penyokong kehilangan sedikit. Namun saya percaya kehadiran penyokong pada malam esok itu penting untuk memberi motivasi kepada para pemain baik ketika perlawanan bermula atau berakhir. Saya harap mereka datang beri sokongan.” ujar Ong Kim Swee.

Menurut beliau, pasukan Sabah mahu menampilkan aksi terbaik digelanggang Asia dan mahu mencipta kejutan seperti pasukan JDT dan Kuala Lumpur tampilkan pada musim lalu.

Advertisements

“Kita mempunyai objektif untuk setiap kejohanan yang kita sertai. Dah tentu kita mahu layak sejauh mungkin dalam Piala AFC seperti yang dilakukan JDT dan Kuala Lumpur. Tapi kita harus fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan bagi memastikan kita tidak memikirkan terlampau jauh. Banyak lagi perlawanan yang kita perlu lalui selain Piala AFC.” tambah beliau lagi.

Para pemain Sabah juga sudah bersedia untuk aksi pertama menentang Hougang United namun tetap berwaspada dengan kemampuan kelab dari Singapura itu.

Advertisements

“Saya percaya semua pemain dalam pasukan Sabah memiliki pengalaman yang luas di peringkat antarabangsa. Mereka mampu mengawal tekanan dengan baik dengan pengalaman beraksi di peringkat tertinggi. Ini satu kelebihan kepada kita tetapi kita tak boleh ambil mudah.” ujar jurulatih Sabah itu dalam sidang media pra perlawanan Sabah menentang Hougang United.

Ong Kim Swee turut tidak mahu menganggap perbezaan padang tiruan di Singapura memberikan Sabah kelebihan beraksi di Stadium Likas kerana baginya Hougang United telah lama bermain bola sepak dan baginya faktor padang tidak akan mempengaruhi sesebuah kelab profesional.

Advertisements

“Dalam setiap perlawanan berbeza terutama dalam Piala AFC. Walaupun mereka bermain di Singapura atas padang tiruan tapi saya percaya mereka sudah bersama agak lama. Dan kita tak boleh ambil mudah. Pada masa sama, kita tahu apa yang kita perlu lakukan dan yang penting esok kita akan mendapatkan keputusan yang positif.” ujar Ong Kim Swee lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram