Ong Kim Swee: Tiada Keperluan Untuk Bawa Pemain Senior Beraksi Di Sukan SEA
Dunia
FAM
Advertisements

Ketua Jurulatih Sabah FC yang juga bekas pengendali skuad bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee menganggap keputusan Brad Maloney untuk tidak membawa kuota 3 pemain senior adalah satu keputusan yang bijak.

Kim Swee melihat dengan ketiadaan pemain senior dalam skuad, ianya merupakan peluang terbaik buat bakat-bakat muda negara menyerlah dan meningkatkan tahap permainan masing-masing. Ianya juga sangat baik sebagai persiapan menghadapi Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan bulan depan.

“Kalau saya berada di tempat Brad, saya juga akan buat keputusan yang sama iaitu untuk tidak menyenaraikan pemain senior ke Sukan SEA kali ini.

Advertisements

“Ini kerana saya tidak melihat ia satu keperluan memandangkan selepas ini skuad yang sama juga akan bertanding pada Piala Asia di Uzbekistan nanti.

“Dengan ketiadaan pemain senior pada Sukan SEA kali ini, ia akan menjadi medan terbaik buat pemain muda menimba pengalaman bagi meningkatkan prestasi masing-masing.

“Kalau bukan Sukan SEA, mana lagi pemain muda kita ini nak dapatkan perlawanan kompetitif sebagai persediaan sebelum menghadapi Piala Asia B-23 dalam tempoh kurang sebulan lagi.

Advertisements

“Dengan empat perlawanan peringkat kumpulan dan jika layak ke separuh akhir dan akhir, mereka akan dapat lagi dua perlawanan berintensiti tinggi,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

Untuk Sukan Sea Hanoi, Malaysia telah diletakkan dalam Kumpulan B dan akan membuka tirai kejohanan dengan menentang gergasi Asia Tenggara, Thailand pada Sabtu ini.

Selepas itu, skuad negara akan berdepan Laos dalam perlawanan kedua pada Rabu depan sebelum bertemu Singapura dan Kemboja masing-masing pada 14 dan 16 Mei ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram