Ozil Selamat Tiba Di Indonesia
Dunia
Mesut Ozil
Advertisements

Bekas pemain Real Madrid, Mesut Ozil dikhabarkan sudah selamat tiba di Indonesia bagi mengunjungi kilang Concave Indonesia yang merupakan sebuah syarikat penghasilan kasut sukan berkualiti khususnya bola sepak.

Concave Indonesia merupakan syarikat yang berasal dari Eropah dan sudah menjalinkan hubungan kerjasama bersama Mesut Ozil sejak tahun 2021.

Untuk pengetahuan, bintang Eropah ini memilki peranan sebagai ‘Creative Director’ Asia di syarikat tersebut.

Advertisements

Menurut laman Twitter milik Mesut Ozil Indonesia, terdapat beberapa tujuan yang menyebabkan bekas pemain Arsenal ini datang ke Indonesia. Antaranya ialah, beliau akan mengunjungi kilang-kilang Concave yang ada di wilayah Indonesia.

Seterusnya, pemain kelahiran Jerman ini turut akan mengadakan kegiatan CSR bersama barisan atlet muda dan kanak-kanak kurang kemampuan yang mempunyai bakat dalam bola sepak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PT Aggiomultimex Internasional Group Subagio Lembono, kerjasama Ozil bersama syarikat adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal di usia muda selain membantu meningkatkan moral kanak-kanak dalam dunia bola sepak.

Advertisements

“Klinik kejurulatihan bersama Mesut Ozil ini bertujuan memberi sokongan latihan bola sepak kepada kanak-kanak Indonesia yang sememangnya mempunyai bakat dalam bola sepak,” kata Subagio kepada CNN Indonesia.

Kehadiran Ozil di Indonesia bakal memberi pendedahan baru dalam arena bola sepak Indonesia untuk terus maju di masa hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram