Padang Latihan Teruk & Pengadil Cap Ayam Antara Faktor Timnas Indonesia Dibantai Vietnam
Dunia
Timnas Indonesia
Advertisements

Skuad timnas muda Indonesia semalam tumpas di tangan Vietnam dengan keputusan 3-0 itu memberi tamparan yang cukup hebat buat pengendalinya, Shin Tae-yong.

Persembahan yang dipamerkan oleh anak didiknya itu seakan tidak boleh diterima sekaligus menyebabkan mereka perlu kembali bangkit dan mencipta kemenangan.

Walau bagaimanapun, pengendali berusia 51 tahun itu berjaya mengesan beberapa faktor utama yang menyebabkan pasukannya itu dibantai teruk pada perlawanan tersebut.

Advertisements

Antara salah satu faktor yang dinyatakan oleh beliau ialah keputusan pengadil yang dilihat berat sebelah.

Katanya, pengadil telah melakukan sebanyak 3 kali kesilapan terutamanya melibatkan keputusan ofsaid yang menyebabkan pasukannya dihukum.

‘Saya tidak mahu bercakap banyak tetapi ada 3 keputusan yang salah daripada pengadil.’

Advertisements

‘Itu yang membuatkan kami kalah dan memberi mereka peluang untuk menjaringkan gol.’

Malah, salah satu faktor terbesar yang mempengaruhi persembahan anak buahnya itu ialah padang latihan yang disediakan di Vietnam.

Kata pengendali itu, mereka tidak dibekalkan dengan kualiti padang yang baik seperti tempat latihan pasukan kebangsaan Vietnam sekaligus menjejaskan persiapan pasukan.

Advertisements

Tae-yong merasakan bahawa Vietnam sangat beruntung kerana memiliki venue persiapan yang sangat baik sekaligus dapat melakukan persediaan yang begitu rapi sebelum turun menentang Indonesia.

‘Kami berlatih di tempat yang sangat buruk dalam beberapa hari terakhir.’

‘Namun begitu, dengan taraf pemain Indonesia, saya yakin kami mampu atasi masalah ini untuk menyelesaikan tugasan kami,’ –katanya dalam satu sidang media.

Advertisements

Timnas Indonesia kini dalam persiapan rapi untuk kembali bangkit memungut 3 mata penuh.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram