Padang Stadium Nasional Bukit Jalil Bakal ‘Bertaraf Dunia’ Tahun Hadapan
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pada Khamis lepas, DYAM Tunku Ismail Idris (TMJ) bermurah hati untuk menaja kos penanaman rumput baharu jenis ‘Zeon Zoysia’ sebagai hadiah kepada Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Dan sebentar tadi, satu lawatan khas telah dibuat oleh TMJ ke SNBJ. Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu. Selesai lawatan tersebut, TMJ berkenan untuk mengadakan sidang media untuk memberi pencerahan mengenai proses penanaman rumput di SNBJ.

Tunku Mahkota Johor berkata, SNBJ bakal menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia yang sama digunakan di Stadium Sultan Ibrahim, milik JDT.

Advertisements

DYAM Tunku Ismail turut menawarkan untuk menaja beberapa peralatan penyelenggaraan padang selepas padang ditukar. Perbadanan Stadium Malaysia mengalu-alukan penajaan tersebut namun meminta kerja-kerja tersebut hanya dimulakan pada Januari 2023 berikutan stadium telah ditempah sepenuhnya dengan pelbagai acara sepanjang tahun 2022.

Nigel Taylor, Ketua Penyelia Padang Stadium Sultan Ibrahim milik JDT yang turut hadir akan melakukan pemeriksaan lebih teliti ke atas padang Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum memulakan kerja. Pihak berkuasa stadium Bukit Jalil juga akan melawat Stadium Sultan Ibrahim untuk mempelajari cara-cara menjaga padang tersebut pada masa akan datang.

Dijangkakan proses naiktaraf padang ini mengambil masa empat bulan untuk siap. Sudah pasti peminat-peminat bola sepak tanah air sudah tidak sabar melihat pasukan negara beraksi di padang ‘bertaraf dunia’ dan menampilkan pemainan yang lebih berkualiti di atas padang yang jauh lebih baik dari sebelum ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram