PAFA Dapat Sinar Baharu
Komuniti
Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akhirnya boleh menghela nafas lega.

Ini selepas rayuan menghalang pembatalan pendaftaran badan induk bola sepak negeri Perak itu telah diterima dan diluluskan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Perkara ini disahkan menerusi satu surat yang dikeluarkan disahkan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) yang bertarikh 9 Februari 2024.

Advertisements

Surat tersebut telah diserahkan oleh Pesuruhjaya Sukan, Suhardi Alias kepada Presiden PAFA, Dato Mohd Azhar bin Jamaluddin dalam satu pertemuan yang diadakan semalam.

Selain menyerahkan surat penerimaan rayuan PAFA, badan induk bola sepak negeri Perak itu turut mengadakan perbincangan dengan Pesuruhjaya Sukan berkenaan soal hal ehwal tadbir urus dan tatakelola badan sukan.

Advertisements

Sebelum ini, pada 7 Mac 2022, PAFA digantung selama enam bulan selepas wujud dua kumpulan berbeza yang mendakwa mereka ahli jawatankuasa sah organisasi itu.

Ini mendorong kerajaan negeri campur tangan menerusi Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Khairudin Abu Hanipah. Beliau mengadakan pertemuan dengan Hannah bagi mencari jalan penyelesaian untuk isu ini.

Advertisements

Susulan itu, beliau membenarkan pembubaran PAFA ditangguhkan dengan menubuhkan jawatankuasa bertindak menyelesaikan isu persatuan berkenaan mengikut Subseksyen 21 (1) Akta Pembangunan Sukan 1997.

Jawatankuasa ad-hoc ini diketuai bekas Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan kemudiannya mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) PAFA pada 22 Disember tahun lalu.

Advertisements

EGM tersebut menyaksikan pemilihan Mohd Azhar sebagai Presiden PAFA dan Dato’ Sham bin Mat Sahat sebagai Timbalan Presiden PAFA.

Keputusan pemilihan kemudiannya telah dihantar kepada KBS untuk tindakan selanjutnya menerusi makluman Khairudin kepada PJS pada 18 Januari lalu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram