PAFA Tetapkan Nilai Pembelian RM10 Juta Untuk Ambil Alih Perak FC
Dunia
Advertisements

Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Muhammad Yadzan Mohammad menjelaskan PAFA hanya akan berunding dengan mana-mana pihak yang memiliki dana sekurang-kurangnya RM10 juta.

Menurutnya seperti yang dilaporkan Arena Metro, nilai tersebut adalah berdasarkan nilai pasukan lain.

“Jika minat mengambil alih Perak FC kalau boleh pihak berkenaan memiliki dana sekurang-kurangnya RM10 juta berdasarkan kepada nilai pasukan lain. Kita boleh tengok berapa Norizam Tukiman mengeluarkan dana untuk pasukan itu selain beberapa pasukan lain.”

Advertisements

Datuk Yadzan turut percaya tanda harga tersebut adalah berbaloi berdasarkan barisan pemain berpengalaman dimiliki Perak FC ketika ini.

“Saya rasa nilai berkenaan adalah berbaloi kerana kita juga memiliki barisan pemain berpengalaman dan hebat. Setakat ini, perbincangan bersama beberapa pihak yang berminat untuk memiliki Perak FC adalah positif. Saya katakan sekarang ini proses perbincangan pemilikan dalam peringkat 50 peratus antara kedua-dua pihak,” katanya kepada Arena Metro.

Sebelum ini Pengurus Besar Perak FC, Azman Noh sedikit bimbang dengan situasi semasa Perak FC yang berdepan risiko tidak dibenarkan beraksi dalam kancah Liga-M untuk musim mendatang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram