Pahang Rangers Sasar Rampas Trofi MPFL
Dunia
Arena Metro
Advertisements

Di sebalik kehilangan beberapa tonggak utama bagi mengharungi saingan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) 2023, Pahang Rangers tetap berkeyakinan dapat menjadi antara pencabar terkuat bagi musim ini.

Empat pemain kebangsaan iaitu Abu Haniffa Hasan, Awalluddin Mat Nawi, Farikh Khabibor Rahman dan Yazid Kamaruzuan serta penjaga gol tinggi lampai Victor Espindola antara yang tidak akan bersama mereka kali ini.

Namun dengan membawa masuk enam pemain baru termasuk dua import, Pahang Rangers dilihat berjaya mengimbangi semula kekuatan yang hilang.

Advertisements

“Memang menjadi sasaran kita mahu memenangi trofi, membawa pulang trofi ke Pahang, sesuatu yang tidak pernah dilakukan selama ini. Saya gembira kita mempunyai sebuah skuad yang kompeten, barisan pemain dan pegawai yang sentiasa memberi lebih dari yang terbaik dan dahagakan kemenangan.

“Saya cukup positif dengan pasukan ini tetapi kita akui pasukan lain juga bertambah baik, ini satu cabaran yang besar dan kita akan hadapi cabaran dengan mentaliti yang betul,” ujar Presiden kelab, YAM Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Advertisements

Beliau ditemui pemberita ketika Majlis Pengenalan Jersi dan Pemain skuad Pahang Rangers 2023 di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan pada Ahad.

Pahang Rangers musim ini mempertaruhkan hanya 17 pemain, mengekalkan hanya 11 pemain dari skuad musim terdahulu termasuklah kapten berpengaruh Akmarulnizam Idris serta tiga pemain kebangsaan Saiful Nizam Mohd Ali, Ridzwan Bakri dan Farhan Khairul Anuar.

Advertisements

Empat pemain tempatan baru skuad kendalian Gerard Casas itu adalah Afiq Abdul Rahman, Amiro Aizat, Zulfathi Zubir dan Nazreen Saudi manakala Matheus Gonzalez (Brazil) dan Amin Nasrollah Zadeh (Iran) mengisi slot import.

Sementara itu, buat pertama kalinya Pahang Rangers bekerjasama dengan jenama barangan sukan terkemuka, Desporte yang menjadi penaja jersi mereka musim ini.

Advertisements

Mengambil inspirasi dari warna bendera Pahang dan selari dengan tagline ‘hitam putih takkan padam’, kit home Pahang Rangers kekal dengan identiti dan warna tradisi hitam putih, melambangkan kesatuan 11 daerah di Pahang.

Manakala jersi away pula merupakan gabungan warna biru-putih-kuning, warna vintage yang mempunyai sentimen tersendiri buat penyokong, mengimbau memori skuad tok gajah era 90-an.  

Jersi boleh didapati pada harga RM129 dengan para penyokong boleh membuat pembelian melalui Pahang Rangers Online Store di laman web pahangrangers.com atau mengunjungi pengedar berdaftar (akan dikemaskini).  

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram