Panggilan Lim Teong Kim Bukan Untuk Bawa Luqman Pulang
Dunia
KVK Malaysia & Perak FC
Advertisements

Panggilan ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim terhadap bintang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin bukan untuk membawanya pulang ke Malaysia.

Menerusi laporan sumber yang bercakap kepada Arena Metro, beliau mengesahkan bahawa bekas jurulatih pasukan muda Bayern Munich ini ada menghubungi bekas anak didiknya di Belgium itu.

Walau bagaimanapun, panggilan itu bukanlah bertujuan untuk membawa beliau pulang beraksi di Malaysia seperti yang hangat diperkatakan di laman sosial semasa.

Advertisements

Katanya, Teong Kim sangat mengambil berat perjalanan penyerang muda negara di sana dan mahu mengetahui perkembangan terkini luqman setelah hampir tiga tahun berkelana di Belgium.

“Teong Kim memang ada hubungi dia (Luqman), tapi hanya untuk mengetahui tentang perkembangan beliau sahaja.”

Advertisements

“Luqman akan kekal main di Belgium dan khabar angin yang mengaitkan beliau pulang ke Liga Malaysia dalam masa terdekat adalah tidak benar,” katanya kepada Arena Metro.

Luqman difahamkan sudah mula mendapat kepercayaan oleh barisan kejurulatihan bawah 21 tahun kelab sambil peluangnya untuk tampil beraksi bersama skuad utama juga tinggi susulan persembahan konsistennya.

Advertisements

Beliau difahamkan berada dalam senarai pasukan bawah 21 tahun bagi saingan perlawanan ke-6 menentang KAS Eupen dalam aksi U21 Pro League.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram