Paolo Josue Berpeluang Rangkul Kasut Emas Piala AFC
Dunia
KL City Football
Advertisements

Pemain import pasukan Kuala Lumpur City FC, Paolo Josue berpeluang untuk merangkul kasut emas dalam kejohanan Piala AFC 2022.

Kapten pasukan The City Boys ini menjadi watak penting tatkala memacu harapan pasukan untuk menjulang piala berprestij di Asia tersebut.

Bintang kelahiran Brazil ini telah pun diturunkan sebanyak 6 kali dalam kejohanan ini dan memainkan peranan yang cukup penting untuk mengetuai pasukan di atas padang.

Advertisements

Paolo juga menbentuk gandingan yang cukup berbisa bersama Romel Morales terutamanya dalam perlawanan semalam yang menyaksikan anak didik Bojan Hodak mencatat sejarah untuk mara ke final Piala AFC.

Kini, pemain berusia 33 tahun ini berada pada landasan yang cukup baik untuk merangkul kasut emas Piala AFC apabila sedang mendahului carta penjaring terbanyak kejohanan.

Beliau yang sudah pun bersama KL City sejak tahun 2017 terus menjadi sandaran pasukan apabila meledak 5 gol dalam 6 penampilan setakat ini.

Advertisements

Kebolehan Paolo untuk beraksi pada beberapa posisi telah membantunya untuk menyesuaikan diri selain merekod satu bantuan gol.

Prestasi cemerlang dalam Liga Super musim ini juga membantu beliau untuk mengekalkan persembahan pada tahap terbaik.

Beliau kini terikat pada tangga teratas bersama pemain Viettel FC, Pedro Paolo yang sudan pun melabuhkan aksi di pentas ini.

Advertisements

Pertemuan di pentas akhir menentang wakil dari Oman, Al Seeb cukup signifikan tatkala kedua-dua pasukan sudah tentu mahu menamatkan cabaran dengan menjulang Piala AFC 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram