Pertahanan import Terengganu, Papé Diakité berang hotel penginapannya ‘bising’ dan bertukar menjadi seolah-olah sedang berparti semasa beliau dan pasukannya sedang berehat menanti perlawanan Piala Malaysia.
Menurutnya, hotel yang pasukannya duduki, Hotel Grand Darul Makmur di Jalan Beserah, Kuantan bising dipercayai datang dari kerja-kerja melibatkan pembinaan.
“Hotel Grand Darul Makmur (Pahang), soalan saya adakah kita di hotel atau ke pesta ? Sejak semalam dan awal pagi tadi sehingga kini mereka menggerudi di telinga kami,” ujar Diakite di Twitter.
Terengganu bertandang ke Darul Makmur malam ini bagi perlawanan pusingan pertama Piala Malaysia menentang Sri Pahang jam 9.00 malam.
Berdasarkan tinjauan dilakukan di media sosial, rata-rata penyokong bersimpati dengan nasib Diakite dan percaya rehat yang cukup tanpa gangguan penting buat para pemain.