Pape Diakite: Saya Tak Nak Tinggalkan Terengganu
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Baru-baru ini, Terengganu FC secara rasminya mengumumkan bahawa 12 pemain mereka musim 2022 tidak akan disambung kontrak dan dilepaskan. Antara pemain yang dilepaskan termasuk pertahanan import mereka, Pape Diakite.

Walaupun berjaya membawa pasukan Terengganu menjadi naib juara Liga Super dan naib juara Piala FA, namun itu bukanlah tiket Diakite mendapatkan tawaran sambungan kontrak oleh pihak pengurusan Terengganu.

Selepas nama beliau disahkan tidak bersama Terengganu musim hadapan, Diakite memuatnaik satu ciapan di akaun twitter bagi memberi penjelasan yang terperinci kepada penyokong Terengganu yang mahu beliau kekal musim hadapan.

Advertisements

Diakite menjelaskan bahawa beliau sebenarnya tidak mahu meninggalkan pasukan Terengganu namun secara realitinya, beliau belum menerima apa-apa tawaran dari pihak pengurusan Terengganu sehingga kini.

Selain Diakite, Terengganu juga melepaskan empat lagi pemain import musim 2022 iaitu Tchetche Kipre, Kpah Sherman, Manuel Ott dan Petrus Shitembi. Skuad Terengganu 2023 bakal dilatih jurulatih dari Croatia, Tomislav Steinburckner selepas jurulatih musim lalu, Nafuzi Zain berhijrah ke Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram