Papé Diakité Sertai Kelab Vietnam, Berguru Dengan Lagenda Thailand
Dunia
HAGL
Advertisements

Bekas pertahanan kebal Terengganu FC, Papé Diakité pulang semula beraksi di Vietnam apabia melengkapkan perpindahan ke kelab Liga 1 iaitu Hoang Anh Gia Lai FC.

Pertahanan berusia 30 tahun itu merupakan tonggak utama di bawah kendalian Nafuzi Zain namun tidak mendapat tawaran kontrak baharu dari kelab.

Beliau akhirnya memilih untuk membawa haluan baharu apabila memilih untuk menyertai kelab di liga yang pernah menjadi destinasi beliau sebelum ini.

Advertisements

Bintang kelahiran Nigeria ini juga bakal berguru dengan bekas jurulatih dan lagenda bola sepak Thailand, Kiatisuk Senamuang di kelab.

Pape pernah beraksi bersama dua buah kelab Vietnam iaitu Sai Gon FC dan HCMC FC.

Kelab yang terkenal dengan jolokan HAGL baru sahaja merekrut Pape Diakite secara rasmi pasti akan mengucapkan selamat tinggal kepada pemain import mereka, Mauricio Barbosa yang memberi impak yang cukup luar biasa musim lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram