Park Hang-seo Akui Malaysia Lawan Yang Paling Sukar Buat Vietnam Setakat Ini
Asia
the-afc
Advertisements

Jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23) Vietnam, Park Hang-seo bersyukur pasukan kendaliannya berjaya melepasi perlawanan yang cukup sukar menentang Malaysia pada aksi separuh akhir acara bola sepak Sukan Sea Hanoi yang berlangsung Khamis malam.

Kemenangan tipis 1-0 terhadap Malaysia itu sekaligus melayakkan Vietnam mara ke perlawanan akhir menentang Thailand. Pastinya Vietnam mahu mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi lepas lebih-lebih lagi kini mereka beraksi di halaman sendiri.

Park Hang-seo mengucapkan terima kasih kepada para pemainnya yang bermati-matian demi mencapai kemenangan yang diinginkan.

Advertisements

“Bukan sahaja perlawanan ini tetapi setiap perlawanan adalah mencabar. Terdapat tekanan yang dirasai pada aksi separuh akhir dan mujur pasukan dapat mengatasinya. Sudah tentu masih banyak kekurangan, tetapi ini masih peluang untuk pasukan memperbaiki diri. Secara keseluruhan, pemain saya telah memberikan yang terbaik. Sebagai ketua jurulatih, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka dan penyokong kerana menyokong kami,” kata Park Hang-seo dalam sidang media selepas perlawanan pada Khamis.

Barisan pertahanan kental Malaysia sudah tentu menjadi punca utama kegagalan Vietnam untuk mendapatkan jaringan lebih awal. Sehinggalah penyerang berbisa mereka, Nguyen Tien Linh menanduk masuk sepakan percuma pada separuh masa kedua masa tambahan.

Park Hang-seo akui para pemainnya sudah mencuba sehabis baik untuk mengikut taktikal yang diarahkan namun tidak semua yang dirancang akan menjadi dalam perlawanan. Beliau juga menegaskan akan mendapatkan taktikal terbaik bagi aksi perlawanan akhir menentang Thailand.

Advertisements

“Saya sentiasa mahu pemain mengikut strategi saya dan permainan berjalan seperti yang dirancang. Tetapi ia adalah bola sepak dan kadang-kadang perkara tidak berjalan seperti yang kita mahu. Pemain juga sudah berusaha mengikut taktikal yang diberikan. Namun, keputusan adalah yang paling Perkara penting.

“Sekarang kami perlu fokus pada perlawanan akhir dengan Thailand. Saya telah menonton video Thailand dan menganalisisnya. Mulai esok, saya akan mula meneliti dan mencari strategi terbaik untuk pasukan di final,” katanya seperti dilaporkan VnExpress.

Dalam masa yang sama, Park Hang-seo terhutang budi dengan para penyokong yang sentiasa memberikan sokongan padu buat pasukan Vietnam sambil mengakui perlawanan menentang Malaysia merupakan perlawanan paling sukar setakat ini.

Advertisements

“Ini adalah perlawanan paling sukar di Vietnam setakat ini dan sokongan daripada penyokong telah memberikan kami kuasa untuk meraih keputusan yang baik,” jelas Park Hang-seo sebelum mengakhiri sidang media.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram