Park Hang-seo Berang, Arahkan Pengadil Lihat Ulang Tayang
Dunia
Kompas Bola
Advertisements

Pengendali pasukan kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo menyatakan kekecewaan beliau selepas pasukan kendaliannya tewas dalam perlawanan separuh akhir pertama semalam namun kekecewaan itu jelas terpapar setelah beliau mempersoalkan tindakan pengadil dalam perlawanan tersebut.

Dalam satu sidang media sejurus tamat perlawanan menentang Thailand semalam, beliau meluahkan kesedihannya apabila beberapa keputusan yang diambil oleh pengadil telah menghukum pasukannya sekaligus menyebabkan peluang untuk mempertahankan kejuaraan bertambah sukar.

’Saya tidak mahu bercakap mengenai pengadil. Saya cuma berharap agar beliau menonton ulang tayang perlawanan jika beliau mempunyai masa.’

Advertisements

’Ia sukar untuk memberi komen mengenai keputusan pengadil cuma saya hanya mahu meminta penganjur untuk menggunakan VAR kerana ia merupakan sistem yang popular pada masa ini dan seharusnya digunakan dalam kejohanan ini,’-Jelasnya dalam satu sidang media.

Tambahnya lagi, beliau amat berharap agar penganjur kejohanan bakal memperkenalkan sistem ini dalam kejohanan akan datang bagi membantu pengadil untuk melakukan keputusan yang tepat dalam perlawanan.

Dalam perlawanan itu, pengadil yang berasal dari Qatar, Saoud Ali Al-Adba dilihat beberapa kali melakukan keputusan kontorversi termasuklah tindakan memberi sepakan penalti kepada Thailand selain tidak memberikan keputusan yang sama kepada Vietnam terdapat sentuhan yang melibatkan tangan oleh pemain Thailand.

Advertisements

’Vietnam tewas 0-2, namun para pemain telah melakukan yang terbaik. Saya hanya sedikit kesal ketika kita melepaskan gol pertama kerana kita memudahkan kerja mereka (Thailand).

’Vu Van Thanh dan Nguyen Phong Hong sudah melakukan tugas mereka. Sungguhpun mereka kadangkala melakukan kesilapan namun itu lumrah bola sepak.’

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram