Park Hang-seo Ditangkap AFC Mengintip Perlawanan Pasukan Lawan
Asia
zingnews
Advertisements

Jurulatih pasukan bola sepak bawah 23 tahun (B-23) Vietnam, Park Hang-seo diberitakan ditangkap dan diberikan teguran oleh penyelia dari Asian Football Confederation (AFC) kerana menonton perlawanan pihak lawan dengan terlampau dekat.

Kejadian ini berlaku semalam apabila Park hadir ke Stadium Viet Tri untuk menyaksikan perlawanan antara Myanmar menentang Timor Leste. Perlawanan ini berakhir dengan keputusan kemenangan buat Myanmar 3-2 menewaskan Timor Leste.

Park Hang-seo masih tidak berubah apabila mengekalkan tabiat berdiri terlampau dekat dengan padang untuk menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan-pasukan pencabar Vietnam. Namun Kali ini jurulatih berasal dari Korea Selatan itu tidak lagi terlepas selepas penyelia AFC terpaksa campur tangan dengan memberi amaran khusus buat beliau seperti dilaporkan dalam zingnews.

Advertisements

Walaupun penyelia AFC yang dikenali sebagai Mindu Dorji itu telah memberikan teguran namun Park seperti tidak mengendahkan arahan yang diberikan dan terus menonton perlawanan secara dekat. Park juga memberikan alasan tidak memahami teguran dari Dorji selain sukar menerima cadangan yang diberikan penyelia dari Bhutan itu.

Disebabkan itu, Dorji memantau perilaku Park dan staf kejurulatihan dari belakang dengan teliti. Penyelia AFC itu pernah menjadi pemain dan telah bekerja untuk AFC sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Park sudah pasti mahu meneliti kelemahan dan kekuatan pasukan Myanmar kerana pasukan Vietnam kendaliannya akan meneruskan aksi seterusnya pada 13 Mei ini dengan bakal menentang Myanmar.

Advertisements

Untuk rekod, Vietnam hanya mampu mencatat keputusan seri 0-0 dengan Filipina pada perlawanan kedua Sukan SEA 31 Vietnam semalam walaupun cemerlang membenam Indonesia 3-0 pada perlawanan pembukaan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram