Park Hang-seo Marah Vietnam Tewas Kepada Indonesia
Asia Tenggara
@afcasiancup
Advertisements

Walaupun tidak lagi bergelar jurulatih Vietnam, Park Hang-seo sentiasa mengikuti perkembangan pasukan lamanya itu. Jadi, tidak hairanlah jurulatih Korea Selatan itu naik angin apabila Naga Emas tewas kepada Indonesia di pentas separuh akhir Sukan SEA 2023 semalam.

Perlawanan semalam menyaksikan anak-anak buah Indra Sjafri terpaksa bekerja keras sebelum mendapatkan kemenangan 3-2. Selain itu, mereka juga terpaksa bermain dengan 10 orang pemain selepas Pratama Arhan dibuang padang akibat mengutip kad kuning kedua.

Justeru, tidak hairanlah kemenangan ini amat manis bagi skuad Garuda Muda. Tetapi bagi Hang-seo, ia sememangnya meruntun jiwa lebih-lebih lagi apabila Taufany Muslihuddin menyumbat gol ketiga Indonesia pada minit ke-95.

Advertisements

Menurut pemilik akaun TikTok @timnasonfire, bekas jurulatih Jeonnam Dragons itu dikatakan hilang sabar sebelum memilih meninggalkan Stadium Olympic biarpun perlawanan masih berbaki dua minit masa tambahan.

Dengan kekalahan ini, Vietnam terlepas peluang mempertahankan pingat emas yang dimenangi dalam temasya Sukan SEA 2021 pada tahun lepas. Kini, fokus pengganti Hang-seo iaitu Philippe Troussier ialah tampil lebih bagus dalam Piala Asia 2023.

Bagaimanapun, Naga Emas bakal berdepan tugas sukar kerana diletakkan dalam Kumpulan D atau Kumpulan Maut. Selain Vietnam, Iraq, Indonesia dan Jepun juga sebahagian daripada kumpulan sama.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram