Park Hang-seo Menyirap Dengan Pasukan Yang ‘Parking’ Bas
Asia
Leo Shengwei
Advertisements

Hanya mampu mencatat keputusan seri dengan Filipina pada erlawanan kedua Sukan SEA 31 Vietnam semalam, jurulatih bawah 23 tahun (B-23) Vietnam, Park Hang-seo akui tidak gembira dengan keputusan tersebut.

Beliau menyifatkan anak buahnya tidak biasa beraksi dengan pasukan yang meletakkan ramai pemain di bahagian bawah ketika bertahan seperti apa yang skuad Filipina lakukan semalam.

“Perlawanan ini tidak mudah kerana Filipina bertahan dengan jumlah pemain yang ramai. Kami tidak biasa dengan lawan seperti itu. Terdapat banyak sebab untuk keputusan seri ini, tetapi saya tidak boleh menyenaraikan kesemuanya dalam sidang media ini,” kata pengendali dari Korea Selatan itu selepas perlawanan semalam.

Advertisements

Vietnam mendominasi penguasaan bola dan berjaya mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol sepanjang permainan, namun mereka tidak bernasib baik kerana tiada gol berjaya dihasilkan. Padang yang licin kerana hujan dan kekebalan benteng Filipina menimbulkan masalah untuk mencari jaringan.

“Sudah jelas saya tidak berpuas hati dengan keputusan seri ini. Pihak lawan menggunakan sistem pertahanan yang padat dan masalah Vietnam adalah untuk mencari jalan melepasi mereka.

“Ini adalah satu perkara yang perlu kita perbaiki supaya kita boleh bermain lawan yang serupa pada masa hadapan. Bola sepak adalah permainan yang boleh dimainkan dengan pelbagai cara. Kami perlu menerima keputusan ini dan mencuba yang terbaik untuk mendapatkan keputusan terbaik pada perlawanan akan datang,” kata Park kepada VnExpress.

Advertisements

Vietnam akan meneruskan aksi seterusnya pada 13 Mei ini dengan bakal menentang Myanmar. Park berkata hari-hari yang mendatang ini akan digunakan untuk memulihkan stamina pemain, melihat semula prestasi mereka pada perlawanan yang telah dilalui dan bersedia untuk perlawanan seterusnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram