Park Hang-seo Minta Bantuan Kim Pan-gon

VnExpress/Lam Thoa
Alif Syazani
@SyazaniAlif
8:24pm 12/01/2023

Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mendedahkan bahawa beliau ada berhubung dengan jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon menjelang pertemuan menentang Thailand esok.

Beliau percaya Pan-gon mempunyai pengalaman luas bertemu pasukan Thailand. Bagi aksi separuh akhir yang lalu, Harimau Malaya tewas kepada Thailand dengan agregat 1-3.

Harimau Malaya menang tipis (1-0) ketika di Stadium Bukit Jalil dan tewas dengan jaringan besar (0-3) bagi perlawanan timbal balik di Thammasat Stadium.

“Saya minta untuk berunding dengan jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon. Dia jurulatih kelahiran Korea Selatan, mempunyai pengalaman menentang Thailand dua kali di separuh akhir yang lalu,” kata Park Hang-seo dipetik daripada 24H.

Dengan kemenangan dalam perlawanan pertama yang Malaysia miliki, Park Hang-seo yakin Pan-gon mempunyai jawapan yang tersendiri untuk tewaskan skuad Gajah Perang.

Untuk rekod, Vietnam hanya tewas satu kali dalam lima perlawanan menentang Thailand ketika dibawah kendalian Park Hang-seo sejak 2017.

Vietnam akan menerima kunjungan Thailand bagi aksi perlawanan akhir pertama esok malam dan perlawanan akhir kedua dijadualkan pada 16 Januari, jam 8:30 malam.